Jumaat, 19 Ogos 2016


Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu [1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhanberbunga sepanjang tahun dalam genusHibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaanMalaysia. Selepas mencapai kemerdekaan,Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenisbunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaituBunga KenangaBunga RayaBunga Melur,Bunga TerataiBunga MawarBunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung denganSingapuraSabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.




tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ? Bukankah bunga-bunga lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih ? Kenapa tidak dipilih bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba anda berfikir sejenak…he he he…
Sempena bulan kemerdekaan ini kalam ini ingin berkongsi info dengan pengunjung budiman berkaitan bunga kebangsaan, ini kerana sepanjang pengamatan penulis, bunga raya tidak lagi popular berbanding bunga-bunga lain. Cuba anda tengok sendiri dihalaman-halaman rumah jiran anda, berapa banyak pokok bunga raya ditanam jika dibandingkan dengan bunga-bunga lain. Pernah penulis bertanya kepada seseorang, kenapa tidak menanam bunga raya ? Katanya saya tidak minat, lagipun bunga raya tidak cantik seperti bunga-bunga lain. Ya…Minat dan citarasa memang berbeza.
Apa yang merisaukan kita adalah generasi akan datang, mungkin mereka tidak lagi mengenali bunga kebangsaan negara kita. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil serius tentang hal ini. Mungkin generasi akan datang datang tidak mengenali sama sekali apa itu bunga raya, kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah maksud yang tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?


Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
Justeru itu, dengan penulisan ringkas ini harapan penulis agar dapat memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua pengunjung kalam ini supaya semangat cintakan negara terus kekal di dalam hati sanubari kita. Akhir kalam..Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia…MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
Sekiranya pengunjung budiman ingin berkata sesuatu sama ada komen, pendapat dan pandangan…Ya..Silakan taip diruangan komen di bawah ini….Syukran…







Tiada ulasan:

Catat Ulasan